MASALAH KEPUTIHAN DI KALANGAN WANITA - NORMAL ATAU PENYAKIT???
Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai
keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal
itu masih dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.
Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak
mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser
servik dan sebagainya.
Statistik menganggarkan 75 peratus
wanita sudah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan aktiviti
seksual. Penggunaan produk intim bertoksik seperti sabun, syampu dan gel
mandian turut menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada di
dalam faraj wanita.
Keputihan adalah proses perubahan hormon
dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara
biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap
wanita.
Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.
Proses Semula jadi
Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel
daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya
menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita.
Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan
dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah
wanita.
Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko
mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan
jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj
mengeluarkan lebih banyak glycogen.
Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.
Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita
melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu,
lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.
Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan
keletihan yang amat sangat. Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih
tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan.
Implikasi keputihan
Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau,
jernih dan tidak gatal. Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga
boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan.
Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti
bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.
Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah
juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku
seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan
gardneralla dan bacterial vaginosis.
Setiap satu jangkitan
masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa
gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami
dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan
lendir dan radang pada kemaluan.
Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan.
Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus
menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan
atau serangan kulat dan kuman.
Kadangkala pembiakan kuman
asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih
kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku
akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.
Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita
tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas
apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan
hubungan intim.
Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga
membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama.
Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular,
tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami
termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu wanita boleh mengambil langkah
pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang
mengandungi lactobasillus.
Untuk masalah radang pula digalakkan
kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain
kapas dan sedikit longgar.
INFO
* Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.
* Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.
* Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.
* Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan
benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.
* Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.
* Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
* Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan
perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai
kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
* Keputihan dianggap
bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir
dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.
https://www.facebook.com/JamuSusukDaraSubang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan